Saturday, 25 June 2011

Maka, Alhamdulillah....

Assalammualaikum...


This week memang mendatangkan seribu kegembiraan untuk aku,eh tak 3 ribu kegembiraan disebabkan aku mempunyai 3 sebab untuk bergembira :p Tapi ternyata, kalau tak diberi rezeki dan kurniaan dari Allah memang aku tak berupaya untuk merasa gembira kan, jadi Alhamdulillah, terima kasih Allah :)

Seribu kegembiraan pertama adalah disebabkan result aku untuk semester aku yang terakhir sememangnya amat memuaskan, amat!! Tidak semena-mena aku sudah menjadi penganggur terhormat secara separa rasmi sebab aku belum grad *ini untuk meredakan perasaan aku yang masih belum mencari kerja, lantas tiada kerja* Maka, kegembiraan ini tak kan datang kalau tak diberi rezeki oleh Allah, sekali lagi terima kasih Allah. 

Dua ribu kegembiraan pula untuk umur aku yang sudah mencecah 23 tahun pada 21 Jun yang lalu :) Terima kasih sekali lagi kepada Allah yang memanjangkan umur aku seperti mana sekarang. * Terima kasih juga untuk kawan-kawan di Fb yang mendoakan aku dan meraikan hari jadi dengan ucapan-ucapan yang sungguh awesome :)

Tiga ribu kegembiraan kerana aku diberi kesempatan untuk lulus dalan ujian JPJ pada 23 Jun yang lalu. Aku memang tak yakin akan lulus tapi dengan izin Allah S.W.T, maka aku tidak kandas. Terima kasih kepda Allah sekali lagi untuk tiga berita gembira dalam satu minggu :)



bersyukur :)




p/s:  practise make perfect :)

2 comments:

LE YA NA said...

tahnial my dear lily :)

lilysuryana said...

nana: thanks kak nana baby face :p